Wednesday, 3 July 2013

Amalan 5 S

PENGENALAN QE/5S

Amalan 5S

Amalan kerja yang dipraktikkan oleh Negara Jepun dan telah diterapkan di kalangan staf bawahan sebagai amalan harian terbukti keberkesanannya dengan membawa kejayaan di dalam sesebuah organisasi iaitu konsep 5S.

QE/5S adalah teknik pengurusan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Ianya adalah alat pengurusan berasal dari Jepun yang menumpu kepada pembentukan persekitaran yang berkualiti, memastikan kepatuhan kepada piawai dan proses serta memperkasa semangat penambahbaikan berterusan.

Seiri ( Sisih ) : ialah menyisih dan membuang item yang tidak diperlukan di tempat kerja.

Seiton ( Susun ) : ialah menyapu dan membersih ruang persekitaran tempat kerja supaya senang di pilih dan di capai untuk digunakan.

Seiso ( Sapu ) : ialah menyapu dan membersih ruang tempat kerja supaya kawasan dan peralatan tidak berhabuk dan tidak kotor.

Seiketsu ( Seragam ) : ialah penyeragaman atau piawaian tempat kerja dalam keadaan produktif dan selesa dengan mengulangi kerja Seiri - Seiton - Seiso.

Shitsuke ( Sentiasa Amal ) : ialah disiplin dan latihan pekerja sentiasa mengamalkan tabiat kerja yang baik mengikut arahan tempat kerja.

No comments:

Post a Comment